
Dalam Senario The Movie Episode 1, Azli, Wahid, dan Mazlan merupakan tiga sekawan yang sangat rapat dan di akhir cerita mereka bekerja di Zoo Negara. Setelah bosan 3 bulan bekerja, mereka merancang untuk pergi bercuti. Setelah meneliti pelbagai destinasi percutian di dalam internet, mereka sepakat memilih Ariba Ariba Resort sebagai destinasi pilihan. Melalui gambar dan info-info yang diberi, Ariba Ariba Resort merupakan destinasi percutian tepi pantai yang amat menarik. Oleh itu, mereka mulai memohon cuti selama 2 minggu untuk bercuti.








0 comments
Post a Comment